Buatlah permohonan, jangan suka langgar peraturan – Pegawat Tadbir Agama

Buatlah permohonan, jangan suka langgar peraturan – Pegawat Tadbir Agama

IPOH: Bagi memudahkan ceramah yang dianjurkan, pihak penganjur dinasihatkan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.

Pegawai Tadbir Agama (PTA) Daerah Ipoh, Ustaz Ashraf Ismail berkata, setiap ceramah yang ingin dianjurkan mestilah membuat permohonan kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Untuk memudahkan ceramah yang dianjurkan, (pihak penganjur) ikutlah peraturan. Buatlah permohonan. Jangan suka langgar peraturan.

“Kalau kena arah batal, kome (anda) juga susah,” katanya di laman Facebook beliau.

Kenyataan itu kemungkinan ada kaitan dengan isu larangan ceramah yang disampaikan oleh Ahmad Dusuki Abd Rani di Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah itu.

Pemimpin Pas yang merupakan bekas calon Pas di DUN Kota Anggerik itu dijadualkan menyampaikan kuliah di masjid tersebut semalam namun dibatalkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk).

Pembatalan tersebut berkemungkinan disebabkan Ahmad Dusuki tidak mengikuti kriteria yang ditetapkan iaitu tiada tauliah mengajar.

Tindakan JAIPk itu telah menyebabkan segelintir masyarakat khususnya penyokong Pas membuat persepsi dan dakwaan yang tidak berasas dan fitnah.

Ashraf menjelaskan, di Ipoh khususnya ada beberapa penganjur program ceramah dan kuliah tidak pernah menghormati peraturan yang telah ditetapkan oleh JAIPk sebaliknya mengambil sikap ‘langgar’ sahaja peraturan tersebut.

“Teman perati, di Ipoh ni ada beberapa penganjur memang tak pernah hormat peraturan ni, suka langgar je.

“Sebahagian lain memang mematuhi peraturan dengan membuat permohonan.

“Biasanya insyaAllah lulus jika tiada isu berbangkit. Kalau penceramah merapu dan sesat memang teman (saya) tak luluskanlah,” jelasnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )