Calon MB Perak: Pas dipermainkan, Zambry tidak diperlukan?

Calon MB Perak: Pas dipermainkan, Zambry tidak diperlukan?

IPOH: AMANAH Negeri Perak terkejut dengan pengumuman Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menamakan Pengerusi Umno Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai calon Menteri Besar Perak.

“Walaupun baru setahun lebih berakhirnya PRU14, pengumuman Zahid amat memeranjatkan bagi BN Perak dan juga gabungan “penyatuan ummah” antara Umno dan Pas di Perak.

“Terdapat dua tafsiran rakyat terhadap pengumuman mengejut Dato’ Seri Zahid itu.

“Tafsiran pertama, adakah Dato’ Seri Zambry Abd Kadir telah gagal menjalankan tugasnya sebelum ini sebagai Menteri Besar Perak dengan kejatuhan Kerajaan BN menyebabkan beliau tidak diperlukan lagi selepas PRU-15?

“Tafsiran keduanya pula, apakah gabungan “penyatuan ummah” telah memberikan mandat kepada BN Perak mengetuai pentadbiran Kerajaan Negeri Perak selepas PRU-15 dan apakah nasib dan kedudukan Pas di Perak nanti?,” katanya dalam satu kenyataan.

Namun kata beliau, AMANAH Perak mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Datuk Saarani diatas kepercayaan Zahid ini kerana amat jarang sekali BN mengumumkan awal calon menteri besarnya sebelum berjaya menawan semula sebuah kerajaan negeri.

“Namun Kita tunggu dan lihat sahaja selepas ini sketsa seterusnya Umno dan Pas di Perak, jangan malu ‘bossku’!,” tegasnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )