Kerajaan negeri komited bantu bekas penagih

Kerajaan negeri komited bantu bekas penagih

IPOH: Kerajaan Negeri Perak hari ini menyatakan bahawa kerajaan negeri sangat komited membantu bekas penagih dadah yang telah insaf dan kembali ke pangkal jalan.

Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak, Asmuni Awi berkata, setiap bekas penagih mempunyai bakat dan potensi masing-masing yang perlu digilap untuk meneruskan hidup sepanjang fasa pengawasan.

“Saya yakin semua(OKP) yang di depan saya ini mempunyai bakat dan potensi masing-masing.

“Jangan risau. Kalau nak berniaga, buat bisnes, kerajaan negeri sediakan pelbagai bantuan” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Keluarga Sejahtera: Orang Kena Pengawasan(OKP) Bersama Keluarga di Sg Tapah, Manjoi hari ini.

Asmuni berucap dan memberikan semangat kepada bekas-bekas penagih.

Asmuni turut memuji pihak penganjur iaitu oleh Jawatankuasa Pemulihan Dadah(JKPD) Daerah Kinta dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK) Daerah Kinta yang begitu komited menganjurkan program-program dalam usaha memulihkan bekas penagih dadah.

Ibu bapa dan ahli keluarga kepada OKP yang yang hadir juga menerima pujian atas sokongan yang ditunjukkan sebagai tanda masih menerima kehadiran OKP dalam keluarga walau mereka telah melakukan keterlanjuran.

“Saya secara peribadi akan terus memberikan sokongan kepada program-program yang baik seperti ini”, tambahnya lagi.

Asmuni juga berkesempatan menyerahkan cek bernilai RM1000 sebagai sokongan untuk pihak penganjur terus memperbanyakkan usaha membantu bekas penagih.

Majlis yang berlangsung di Dewan Komuniti Kebajikan Kanak-kanak Kg Sungai Tapah itu turut dihadiri oleh Pengerusi JKPD Daerah Kinta, Abdul Rahman Abd Manas, Pengerusi dan beberapa ahli jawatankuasa MPKK Kawasan Kg Sungai Tapah.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )