Hasnul tahan 5 sekeluarga menaiki motosikal

Hasnul tahan 5 sekeluarga menaiki motosikal

KUALA KEDAH: Exco Komunikasi, Multimedia, dan NGO Negeri Perak merangkap ADUN Titi Serong Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menghentikan keretanya selepas berselisih dengan lima beranak yang menunggang sebuah motosikal yang sudah uzur.

Beliau yang dalam perjalan ke Kuala Kedah menghentikan keretanya bagi menyampaikan sedikit sumbangan kemudian bertanya khabar keadaan mereka.

“Si suami menjemput isteri pulang dari tempat kerja dengan membawa tiga orang anaknya,” kongsi beliau di Faceboknya.

Hasnul menyampaikan sumbangan wang tunai kepada 5 sekeluarga ini.

Beliau difahamkam penunggang motosikal berkenaan tidak mampu bekerja kerana menghidap penyakit sawan dan isterinya terpaksa bekerja bagi menanggung lima orang anak termasuk suaminya.

“Ya Allah ya tuhanku, Engkau permudahkan urusan rezeki keluarga ini,” tulis beliau dengan #IslamRahmatanLilAlamin.

Perkongsian beliau di facebooknya mendapat pujian di kalangan netizen yang masing-masing menzahirkan perasaan gembira di atas keperihatinan beliau dengan masyarakat.

“Syabas Yb, membantu orang yang memerlukan tidak kira di mana ada, biarpun di tempat orang…nilai murni yang lahir dari hati yang ikhlas salute!! semoga Allah memberkatimu,” komen Khairul Adhha.

“Sikap yang sangat terpuji…menangis hati lihat keluarga ini dan tindakan Yb,” kata Al Hud Zainal.

“Ini yang rakyat perlukan YB. Sentiasa alert dengan persekitaran. Tahniah!” komen Mohd Shahrir Ermy.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )