Hutang Perak susut di bawah kerajaan PH

Hutang Perak susut di bawah kerajaan PH

IPOH: Hutang kerajaan Perak menyusut sebanyak RM57.54 juta kepada RM255.8 juta berbanding RM313.3 juta tahun lalu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pengurangan itu membuktikan kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian serius dalam memastikan kadar keberhutangan semakin berkurang dari semasa ke semasa.

Menurutnya. sehingga 4 Julai 2019, Penyata Hutang Awam merekodkan kadar hutang kerajaan negeri adalah berjumlah RM255.8 juta dan ini menunjukkan pengurangan sebanyak RM57.45 juta berbanding RM313.3 juta tahun lalu.

“Bagi tujuan sama, langkah-langkah kawalan akan terus dilaksanakan,” katanya menjawab soalan lisan dikemukakan Ahmad Saidi Mohamad Daud (BN-Changkat Jering) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Jawapan beliau dibacakan Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )