Pelbagai inisiatif santuni saudara baru

IPOH: Pelbagai inisiatif telah diambil oleh kerajaan negeri Perak melalui Jabatan Agama Islam Negeri dalam usaha menyantuni dan membimbing saudara baru di negeri Perak.

Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi berkata, terdapat beberapa program berkala seperti berikut iaitu Kelas Fardhu Ain secara mingguan, Kursus Iman dan Bilal, dan Seminar Kefahaman Islam dalam bahasa Mandarin bagi mereka berbangsa Cina.

“Selain itu, antara program lain turut diadakan ialah Kursus Muslimah Solehah kepada mualaf wanita dan dalam masa yang sama juga kita ada buat naziran secara berkala,” katanya di Dewan Negeri Perak, semalam

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan ADUN) Belanja, Khairudin Abu Hanipah bertanyakan apakah program-program yang disediakan oleh kerajaan negeri Perak bagi memastikan saudara baru diberi bimbingan dan tunjuk ajar secara berkesan.

Persidangan Dewan Perak penggal kedua, kali kedua berlangsung dua hari berakhir hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *