Waris dan Kerabat Diraja sertai AMANAH, tubuh cawangan baharu

Waris dan Kerabat Diraja sertai AMANAH, tubuh cawangan baharu

BERUAS: Seramai 52 orang penduduk Kampung Kota Beruas dan sekitar tekad menyerahkan borang keahlian Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mana sebilangan daripada mereka merupakan waris dan kerabat diraja negeri Perak.

Simbolik penyerahan borang berkenaan berlangsung dalam satu majlis ringkas bertempat di kediaman Raja Rozlan Raja Yaacob yang juga pernah menyandang jawatan Naib Yang Dipertua Pas satu masa dulu.

Beliau yang telah 11 tahun bersama parti Pas sebelum ini menyatakan kekecewaannya kepada parti itu setelah ianya dilihat ingin bergabung dengan Umno-BN.

Tindakan yang disifatkan bercanggah dengan prinsip Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini antara faktor utama beliau dan kerabat yang lain memilih untuk tidak lagi bersama Pas.

Asmuni Awi selaku Pengerusi AMANAH Negeri Perak dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada kesemua ahli baharu partinya itu dan berharap penubuhan cawangan baru ini mampu menjadi titik tolak kepada penubuhan cawangan yang lain dengan lebih pesat.

“Sebelum ini kita ada cawangan di Ayer Tawar dan Pengkalan Baharu dan ini (Cawangan Kg Kota) merupakan cawangan ke sepuluh. Kita sangat berharap(cawangan ini) akan jadi nukleus perkembangan cawangan lain dan pertambahan ahli Amanah.” kata Asmuni Awi dalam sidang media dihujung majlis berkenaan.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pengarah Pilihan Raya AMANAH yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Bin Md Ramli dan juga Ahli Dewan Undangan Pasir Panjang, Yahaya Mat Nor.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )