Mohd Syamsul Alaudin Ketua Pemuda AMANAH Perak yang baharu

Mohd Syamsul Alaudin Ketua Pemuda AMANAH Perak yang baharu

IPOH: Mohd Syamsul Alaudin dipilih sebagai Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak yang baharu semalam.

Beliau menggantikan Hasnul Zulkarnain Abd Munaim pada Pemilihan Pemuda AMANAH Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Hotel Tower Regency di sini.

Pada pemilihan yang berlangsung selama kira-kira dua jam bermula pukul 4.30 petang menyaksikan Ahmad Saqif Ansorullah Ahmad Jihbadz Mokhlis dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Perak.

Mohd Fitri Asmuni dan Mubamad Nakhaie Abd Wahab pula dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda AMANAH.

Mohd Syamsul ketika ditemui berkata, beliau akan memfokuskan kepada sistem pengurusan, pentadbiran dan latihan kepada ahli parti di negeri ini.

“Selain itu, fokus utama saya adalah persiapan untuk memperkuatkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

“Selain itu, saya berhasrat untuk melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam barisan kepimpinan Pemuda AMANAH negeri,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan AMANAH Negeri Perak, Akhiruddin Mohd Taib berkata proses pemilihan itu berjalan lancar dan penuh demokrasi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )