Semua pihak disaran kembali di meja rundingan elak kebencian kaum

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara mengharapkan semua pihak dapat mengutamakan perundingan dan perbincangan bukannya memapaparkan sikap dan watak kekerasan dan kedegilan dalam menangani isu antara kaum dan isu pendakwah Dr Zakir Naik yang dianugerahkan taraf penduduk tetap di negara ini.

Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar berkata, sebarang kenyataan dikeluarkan Dr Zakir Naik perlu ditangani dengan penuh hikmah mengenai dakwaannya terhdapa masyarakat India di negara ini.

“Kita (AMANAH) juga tidak bersetuju dengan desakan agar Zakir Naik dihantar balik ke India.

“Kita bersetuju dengan keputusan dan pendirian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, bahawa Dr Zakir Naik boleh terus kekal di Malaysia.
“Namun dalam masa yang sama Dr Zakir Naik mestilah memahami dan menghormati keharmonian kaum yang unik di Malaysia,” ujarnya dalam kenyataan.

Mahfuz yang juga TImbalan Menteri  Sumber Manusia menegaskan, kekeruhan hubungan antara kaum bakal berlaku jika setiap pemimpin politik dan NGO tidak berlapang dada dan berjiwa besar.

“Sewajarnya kita melihat kepada keutamaan dan kepentingan negara tercinta.

“Perpaduan, keamanan dan kedamaian hidup bersama dengan saling hormat menghormati antara satu sama lain adalah cara Malaysia.

“Dr Zakir Naik juga perlu memahami setiap orang yang diberi status permaustautin tetap tertakluk dan perlu memahami perlembagaan negara, kepelbagaian agama dan budaya dan mematuhi sistem perundangan di Malaysia.

“Saya percaya syarat syarat ini sudah tersedia maklum oleh Dr Zakir Naik. Syarat syarat tersebut bukanlah penghalang untuk aktiviti keagamaan Dr Zakir Naik tetapi ianya adalah peraturan dan garis panduan untuk memastikan keharmonian dan kestabilan politik Malaysia mesti di utama dan didahulukan,” ujarnya.

Justeru katanya pandangan sesetengah pihak untuk mendesak kerajaan mengusir keluar Dr Zakir Naik dari Malaysia tidak wajar.

Tidak wajar jugaa kepada sesiapa saja yang bukan warganegara Malaysia membuat kesimpulan negatif terhadap mana mana warganegara Malaysia dari segi kesetian warganegara terhadap Malaysia.

“Negara ini mempunyai undang undang yang mampu menangganinya.” ujarmnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *