MB Perak nasihat Paul Young cuti

MB Perak nasihat Paul Young cuti

IPOH: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan Exco Kerajaan Negeri Paul Yong bercuti daripada tugas rasminya kerana bakal berdepan tuduhan merogol amah.

Beliau berkata kerajaan negeri mengambil maklum keputusan peguam negara untuk mendakwa Yong mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Bagi menghormati proses undang-undang, saya menasihatkan Paul Yong untuk bercuti daripada tugas-tugas rasmi beliau, termasuk tidak mengambil bahagian dalam apa juga mesyuarat yang melibatkan proses membuat keputusan, sehingga proses perbicaraan selesai,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )