Lindungi keamanan dan keharmonian negara, jangan terjebak agenda negatif – Hasnul

Lindungi keamanan dan keharmonian negara, jangan terjebak agenda negatif – Hasnul

IPOH: Exco Kerajaan Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim menggesa seluruh rakyat menghargai serta melindungi keamanan dan keharmonian yang ada pada hari ini.

Katanya, janganlah kita terjebak dengan agenda-agenda negatif yang cuba untuk meruntuhkan perpaduan negara.

Jelas beliau, rakyat pelbagai kaum mestilah memupuk nilai perpaduan dalam diri demi megara kita yang tercinta ini.

“Pada tahun ini, negara yang kita cintai ini akan menyambut hari kemerdekaan yang ke-62.

“Kejayaan ini tidak akan dapat kita kecapi tanpa sikap saling hormat-menghormati dan toleransi sesama kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Art Festival 2019 yang diadakan di rumah komuniti Wakaf Che Teh Fatimah, Kg Sira Lenggong disini semalam.

Menurutnya, tema ini menekankan tentang pentingnya untuk kita menjaga perpaduan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

Beliau berharap rakyat dapat menghayati sepenuhnya tema ini dan menyokong aspirasi kerajaan dalam membentuk sebuah negara yang tinggi nilai perpaduannya dan dalam landasan yang tepat untuk mencapai kemakmuran bersama.

“Sejak dari kecil kita telah didedahkan dengan kepentingan nilai perpaduan. Contoh yang jelas dapat kita lihat daripada bendera Jalur Gemilang. Warna biru yang ada pada Jalur Gemilang itu sendiri melambangkan perpaduan.

“Justeru itu saya menyeru kepada rakyat Malaysia supaya terus menerapkan nilai perpaduan dalam kehidupan seharian agar menjadi contoh tauladan kepada generasi akan datang,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )