Kerajaan negeri letak harapan tinggi, suntik RM10ribu kepada kontinjen Kemas Bos Gaurus

Kerajaan negeri letak harapan tinggi, suntik RM10ribu kepada kontinjen Kemas Bos Gaurus

IPOH: Kerajaan Negeri Perak memberi harapan yang tinggi kepada kontinjen Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Perak yang akan berentap di Hari Potensi Tabika KEMAS Peringkat Kebangsaan 2019.

Hari Potensi itu dijadukankan berlangsung pada 5 September ini di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

Sebagai dorongan kerajaan negeri telah mengumumkan suntikan sumbangan sebanyak RM10 ribu kepada kontinjen KEMAS Perak.

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim ketika merasmikan Majlis Penutup Bengkel Latihan Kontinjen KEMAS Perak di Sekolah Menengah Tok Muda Abdul Aziz, Sungai Siput (U), disini semalam.

“Sebagai sokongan yang tidak berbelah bahagi, saya telah menghubungi Exco berkaitan iaitu YB Haji Asmuni Awi dan beliau telah mengumumkan suntikan sebanyak RM10 ribu kepada Kontigen Perak.

“Sebagai cabaran dan galakan, saya juga telah berjanji akan memberi suntikan tambahan sebanyak RM5 ribu sekiranya kontinjen Perak mampu berada rangking tiga terbaik dalam kejohanan tersebut,” katanya.

Hasnul berkata, beliau melahirkan rasa teruja dan bangga dengan kesungguhan KEMAS Perak membuat persiapan bagi memastikan nama Perak harum pada hari potensi itu.

“Dengan membawa nama Kemas Bos Gaurus, kontinjen Perak telah membuat persediaan yang rapi bagi memastikan Perak mampu memberi cabaran dan melakar kejayaan di semua acara yang dipertandingkan.

“Sekalung tahniah kepada semua pengurus, jurulatih serta guru-guru yang bertungkus lumus melatih, mendidik dan membimbing pasukan anak-anak ini dalam pelbagai acara yang pada hemah saya, keterujaan dengan kemahiran teknikal yang ditonjolkan anak-anak ini ibaratnya seperti pemain professional,” katanya.

Tambahnya, bukan mudah untuk kita melatih anak-anak ini kerana dengan keadaan fizikal mereka yang kecil. Dengan perangai dan tingkah laku yang belum lagi cukup matangnya, namun atas komitmen guru, jurulatih dan sokongan ibu bapa mampu meletakkan anak-anak kecil ini berada pada tahap sebegini pada hari ini.

“Ayuh sama-sama kita doakan kontinjen Perak melakar kejayaan dan kecemerlangan seterusnya mengharumkan nama negeri yang kita cintai.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )