KESUNAS’19 himpun 811 atlet Sek Men Islam seluruh Malaysia

KESUNAS’19 himpun 811 atlet Sek Men Islam seluruh Malaysia

TANJUNG MALIM : Kejohanan Sukan Nasional Sekolah Menengah Islam 2019(KESUNAS SMI 2019) berjaya menghimpunkan 811 orang atlet dari 17 buah sekolah seluruh Malaysia.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dan Kadet Remaja Sekolah Musleh itu berlangsung selama tiga hari bermula 23 Ogos dan berakhir dengan majlis penutup yang berlangsung di Arena Sukan, Universiti Sultan Idris Shah(UPSI) disini, baru-baru ini.

Menurut Nazar bin Mamat, Penolong Bahagian Sukan Kokurikulum & Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia dalam ucapan perasmian menyatakan bahawa KESUNAS SMI 2019 merupakan medan yang baik dalam membina kesimbangan dalam Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial (JERIS) dikalangan atlet selaras dengan maksud yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“Sudah tentu sukan merupakan satu wadah terbaik dalam mengintegrasikan semua aspek ini. Aspek ukhuwwah yang ingin diterapkan dalam KESUNAS SMI 2019 ini merupakan satu manifestasi kefahaman yang mendalam tentang kepentingan hubungan sosial yang baik di dalam apa jua perkara hatta dalam pertandingan yang selalu dilihat sebagai usaha untuk bersaing secara sihat” memetik ucapan Nazar bin Mamat.

Selain kemenangan yang diburu, KESUNAS SMI 2019 turut menekankan aspek hubungan yang baik sesama insan yang harus dijaga dan dipelihara sepanjang aktiviti sukan berlangsung.

“Dengan adanya semangat ukhuwwah yang tinggi maka akan melahirkan satu generasi yang hidup berkasih sayang dan aman makmur kerana serendah-rendah ukhuwwah ialah bersangka baik terhadap orang lain” katanya lagi.

Kejohanan yang memilih ‘Menggarap Ukhuwwah, Membina Quwwah’ sebagai motto kejohanan ini mempertaruhkan 26 pingat emas melalui acara bola jaring, ping pong, balapan, lompat jauh dan bola sepak.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )