Kerajaan pertimbang wujudkan hub khusus untuk usahawan orang asli

Kerajaan pertimbang wujudkan hub khusus untuk usahawan orang asli

IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Pembangunan Usahawan dan Luar Bandar, Asmuni Awi menyatakan pihaknya akan mengkaji permintaan agar diwujudkan hub atau kawasan khusus untuk usahawan orang asli memasarkan produk mereka.

Beliau menyatakan sedemikian ketika merasmikan Seminar Usahawan dan Kontraktor Orang Asli Negeri Perak 2019 bertempat di Hotel Casuarina@Meru, disini baru baru ini.

Hasrat mewujudkan hub atau kawasan khas kepada usahawan orang asli ini disuarakan oleh Encik Awang Anak Togek yang berucap diawal majlis mewakili semua usahawan orang asli yang hadir. Beliau menyatakan bahawa ianya sangat diperlukan sebagai platform untuk orang asli memasarkan produk mereka sekaligus dapat meningkatkan taraf hidup golongan itu.

Hasrat itu kemudiannya disambut baik oleh Asmuni Awi dan menyatakan ianya akan dipertimbangkan oleh pihaknya.

“Saya akan melihat dan mengkaji semua hasrat yang dinyatakan oleh Encik Awang tadi antaranya mewujudkan hub atau kawasan khusus untuk tuan puan supaya tuan puan dapat pasarkan produk masing-masing” kata Asmuni Awi disambut tepukan gemuruh.

Seminar Usahawan dan Kontraktor Orang Asli Negeri Perak 2019.

Asmuni juga mengingatkan agar usahawan orang asli perlu memanfaatkan peluang yang telah disediakan oleh kerajaan negeri supaya mampu pergi lebih jauh.

“Kerajaan negeri sediakan 5 juta ringgit setahun sebagai dana kepada mereka yang mahu terlibat dalam usahawan. (Selain itu) TEKUN (juga) ada peruntukan, MARA ada peruntukan”

Asmuni juga menyatakan harapannya agar seminar seperti ini perlu diperbanyakkan dan melibatkan penglibatan yang lebih ramai.

“Saya harapkan perjumpaan kali ini bukan perjmpaan terakhir. Teruskan, banyakkan, dan saya harap penglibatan yang lebih ramai selepas ini. Saya akan terus berikan bantuan dan pastikan tuan-tuan berdiri sama tinggi dgn usahawan diluar sana.”

Seminar ini disertai oleh 100 orang usahawan orang asli seluruh Perak yang terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan seperti kecantikan, perusahaan alatan tradisi, madu dan herba, dan pelancongan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )