Nikah Jama’ie Syar’ie Perak rai 17 pasangan

Nikah Jama’ie Syar’ie Perak rai 17 pasangan

IPOH: Upacara makan beradab sempena Majlis Nikah Jama’ie Syar’ie Negeri Perak 2019 bagi meraikan 16 pasangan pengantin berlangsung meriah di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) disini, hari ini.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk kesemua 17 pasangan yang sebelumnya telah dijabkabulkan serentak di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh

Turut memeriahkan majlis makan beradab ialah Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Negeri Perak, Yang Berhormat Haji Asmuni Awi diiringi oleh Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Tuan Haji Harith Fadzilah bin Abdul Halim.

Sebelum menjamu selera, kesemua pengantin dan hadirin dihiburkan dengan persembahan pencak silat yang di persembahkan oleh Persatuan Seni Silat Warisan Syariff Shah Ulu Kinta.

Asmuni Awi turut menyerahkan sijil nikah kepada semua 17 pasangan pengantin dan membuat cabutan bertuah yang mana pengantin terpilih akan membawa pulang pakej menunaikan umrah bernilai RM12 000. Pasangan pengantin yang bertuah menerima pakej berkenaan ialah Encik Mohamad Izzat Mohamad Jasni, 22 dan Puan Puteri Marshiela Saiful Rizal, 22.

Program yang memasuki siri ketujuh pada tahun ini itu disertai pasangan yang berumur antara 20 sehingga 62 tahun.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )