Kerajaan Perak nafi akan berlaku pilihan raya, pandang serius penularan berita

Berikutan penularan satu tangkap layar sekeping surat yang bertajuk “PERMOHONAN KEBENARAN LAWATAN AWAL TAPAK KE SEKOLAH-SEKOLAH SEBAGAI PUSAT MENGUNDI DI DALAM NEGERI PERAK”, adalah dimaklumkan bahawa pihak kerajaan negeri belum dapat memastikan kesahihan surat tersebut.

Sekiranya surat tersebut adalah benar, pihak kerajaan negeri dimaklumkan bahawa lawatan awal tapak yang dibuat adalah amalan biasa pihak Pejabat Pilihan Raya Negeri atas urusan rasmi mereka.

Penafsiran terhadap surat tersebut dengan mengatakan pilihan raya negeri bakal diadakan adalah tidak benar sama sekali.

Kerajaan Negeri Perak memandang serius akan penularan berita tidak benar ini dan akan mengambil tindakan susulan terhadap perkara ini.

YB HASNUL ZULKARNAIN ABD MUNAIM
Exco Penerangan Kerajaan Negeri Perak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *