Belanjawan 2020: Kerajaan bina Hospital Kampar, naik taraf lapangan terbang Sultan Azlan Shah

IPOH: Perak adalah antara negeri yang mendapat manfaat daripada Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Parlimen Malaysia hari ini.

Antara projek besar melibatkan negeri Perak yang diumumkan ialah cadangan kerajaan untuk bercadang untuk menaik taraf lapangan terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Cadangan tersebut termasuk memanjangkan landasan lapangan terbang tersebut yang sebelum ini hanya dua kilometer (km).

Untuk tujuan tersebut, menurut Guan Eng kerajaan akan mempelawa cadangan kerjasama awam swasta bagi merealisasikan projek ini.

Kerajaan akan mempelawa cadangan kerjasama awam swasta bagi merealisasikan projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.

Selain itu, kerajaan juga mengumumkan pembinaan Hospital Kampar yang menjadi antara keperluan besar masyarakat sekitar daerah tersebut.

Peruntukan sebanyak RM1.6 bilion diperuntukkan untuk pembinaan hospital tersebut bersama-sama Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Hospital Labuan dan Pusat Kardiologi Hospital Queen Elizabeth II di Sabah.

Kerajaan juga bercadang untuk mewujudkan perpustakaan digital baharu di negeri Perak, selain di Kedah dan Johor dengan tujuan menggalakkan perkongsian pengetahuan dan pendidikan melalui kandungan digital.

PERKESO juga akan membina sebuah pusat rehabilitasi baharu dengan kos sebanyak RM500 juta di Perak, selepas kejayaan Pusat Rehabilitasi PERKESO di Melaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *