Perak, kementerian kerjasama bantu usahawan peroleh sijil halal

LUMUT: Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli hari ini menyatakan kementeriannya akan membantu usahawan termasuk usahawan di negeri Perak untuk mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Beliau yang ditemui wartawan selepas merasmikan Fiesta Koperasi dan Usahawan Parlimen Lumut 2019 itu turut menyatakan bahawa kesediaan membantu usahawan memperoleh sijil halal ini bukanlah bermaksud kita akan melonggarkan syarat-syarat penilaian, tapi akan membantu dalam konteks konsultasi, bengkel dan kursus.

“Jika barangan kita memang menepati syarat-syarat halal dari segi premisnya, sumber (bahan mentah), juga dari segi proses pembuatan dan tidak melibatkan perkara yang ‘syubhah’. Jika semua ini ditepati insyaallah.

Sebab itu kita kena dapatkan panduan, kita boleh merujuk kepada agensi berkenaan untuk membimbing kita. Kita ada pihak yang boleh membantu membimbing, konsultasi dan memudahkan terutama kepada syarikat-syarikat kecil yang payah nak dapatkan panduan” katanya

“Kita ada minta JAKIM memudahkan. Memudahkan bukan bermakna shortcut. Memudahkan disini bermakna, seperti contoh JAKIM ambil kira dari segi tempoh, tidak panjang sangat. Memudahkan bukan bermakna kita mengurangkan kualiti, atau korbankan dari segi prinsip-prinsip syariah” katanya lagi.

Turut hadir dan memberi ucapan dalam majlis berkenaan ialah Exco Agama, Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi dan dan ADUN Pasir Panjang, Yahaya Mat Nor.

Asmuni Awi dalam ucapannya mengumumkan bahawa Perak merupakan negeri ke 2 mencatatkan bilangan koperasi tertinggi iaitu sebanyak 1600 buah koperasi sehingga 31 Disember 2018. Daripada jumlah berkenaan sebanyak 84.13% daripadanya berjaya mencatatkan keuntungan.

Perasmian disempurnakan oleh Dr Mohd Hatta

Majlis yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) itu berlangsung selama dua hari melibatkan penyertaan 18 usahawan koperasi dan 16 agensi serta Jabatan Kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *