Kerajaan berikan tumpuan sama rata, elak Orang Asli terpinggir

SUNGAI SIPUT: Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Usahawan dan Pembangunan Luar Bandar, Asmuni Awi menegaskan kerajaan negeri akan berikan tumpuan sama rata kepada golongan orang asli bukan sahaja dalam mengecapi arus kemodenan, malah dalam hal ehwal pendedahan berkaitan ilmu agama dalam bentuk teori dan praktikal. Beliau berkata sedemikian semasa merasmikan Majlis Nikah Jama’ie Syar’ie Orang Asli 2019 bertempat di Kampung Yum, Pos Yum di sini, baru-baru ini.

“Berdasarkan apa yang kita lakukan di sini, jelas bahawa pihak kerajaan tidak hanya memberikan tumpuan kebajikan kepada masyarakat di luar sana. Tetapi juga, tidak lupa untuk memberikan perhatian dan juga memastikan bahawa nikmat kebahagian dan kebajikan itu dinikmati oleh semua masyarakat, termasuk masyarakat orang asli yang tinggal di pedalaman. Kita tidak mahu walaupun mereka tinggal di pedalaman, mereka ini dinafikan kemudahan dan juga majlis-majlis yang merupakan satu kecerian yang dinikmati oleh masyarakat luar sana. Maka kerana itu, ini antara program yang dianjurkan oleh kerajaan untuk pastikan masyarakat orang asli juga tidak teringgir” katan Asmuni Awi.

“Saya mengharapkan supaya program seperti ini berjalan terus dimasa akan datang dan tidak hanya berlangsung di tempat (perkampungan orang asli) yang mudah kita masuk, tapi termasuk juga di tempat yg susah nak masuk” katanya lagi.

Pasangan Ahmad Radi bin Ahmed Zainun(kanan) dan pasangannya Norhayati binti Pandak gembira memenangi cabutan bertuah berupa pakej percutian ke Pulau Pangkor

Majlis yang disertai 13 pasangan pengantin terdiri daripada warga orang asli seluruh Perak itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk). Pengantin bertuah iaitu Ahmad Radi bin Ahmed Zainun dan pasangannya Norhayati binti Pandak memenangi pakej percutian ke Pulau Pangkor dalam acara cabutan bertuah yang telah disampaikan sendiri oleh Asmuni Awi.

Turut hadir, Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Yusof bin Haji Husin, Pengarah JAIPk dan Encik Harulnizam bin Abd Rahman, Pengarah JAKOA Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *