Perak juara Liga Sepak Takraw Divisyen Perdana 2019

Perak juara Liga Sepak Takraw Divisyen Perdana 2019

IPOH: Perak Bison muncul juara Liga Sepak Takraw (STL) Divisyen Perdana 2019 selepas membenam cabaran Penang Black Panthers 2-0 dalam perlawanan terakhir di Stadium Indera Mulia, baru-baru ini.

Dalam aksi di hadapan lebih 2,000 penyokong, Perak Bison menurunkan gandingan Meor Zulfikar Mat Amin selaku tekong, Amirul Ramadhan Fazillah dan Asraaf Abd Hadi mencatatkan kemenangan  21-17, 21-9 ke atas Penang Black Panthers yang dibarisi trio Said Ezwan Said, Azlan Alias  serta Zulhusni Basri. 

Pengendali pasukan, Ismi Hissan Ismail berkata beliau gembira kerana pasukannya berjaya meraih kejuaraan setelah hampir empat bulan membuat persediaan rapi bagi menghadapi kejohanan pada edisi kali ini. 

Katanya, kejayaan yang diraih itu juga hasil daripada semangat berpasukan selain sikap pemain yang tidak berputus asa sehingga minggu ke-18 iaitu hari terakhir perlawanan. 

“Ada yang antara sebab kami juara adalah kerana tekong import, Natthawut Naeprom, tapi bagi saya kejuaraan ini datangnya daripada semua pemain memberikan komitmen 100 peratus sepanjang kejohanan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam ini. 

Selaku juara, Perak Bison membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai berjumlah RM50,000. 

ATM Guardians yang meraih tempat kedua  membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, manakala pengurus pasukan, Mej Tajul Hisyam Mamat dinobatkan sebagai pengurus terbaik, sementara pengendali, Aswadi Abdullah pula diumum jurulatih terbaik. 

Tempat ketiga menjadi milik Johor Tigris dan  Penang Black Panthers, keempat. 

Dalam satu lagi aksi untuk melengkapkan jadual perlawanan, Negeri Sembilan Antlers berjaya menewaskan Kuala Lumpur Thunders 11-21, 21-18, 21-12. 

Selepas ini, lima pasukan teratas Divisyen Perdana STL Premier 2019 iaitu Perak Bisons, ATM Guardians, Johor Tigris, Penang Black Panthers dan Kelantan Warriors akan beraksi pada saingan Piala Juara-juara STL di Pinewood Iskandar Malaysia Studio, Johor pada 22 hingga 28 Dis ini. 

Saingan itu turut disertai pasukan jemputan dari Indonesia, Thailand, Singapura, China dan Filipina.

— BERNAMA

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    Long time supporter, and thought I’d drop a comment.

    Your wordpress site is very sleek – hope you don’t mind me asking what theme you’re using?
    (and don’t mind if I steal it? :P)

    I just launched my site –also built in wordpress like yours–
    but the theme slows (!) the site down quite a bit.

    In case you have a minute, you can find it by searching
    for “royal cbd” on Google (would appreciate any feedback) – it’s still in the works.

    Keep up the good work– and hope you all take care of yourself during the coronavirus scare!

  • Disqus ( )