Pembangkang gagal patuh peraturan, speaker tangguh dewan

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mengumumkan persidangan hari pertama hari ini, berehat selama lima minit berikutan kekecohan yang timbul selepas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang ditegur kerana gagal mematuhi peraturan dewan.

ADUN Selinsing, Mohamad Noor Dawoo ditegur oleh Koo Ham kerana mengambil masa terlalu lama untuk mengemukakan soalan tambahan mengatasi ketetapan masa yang sepatutnya.

Koo Ham turut mengingatkan bahawa masa selama lapan minit bagi soalan lisan dan soalan tambahan dijawab perlulah dipatuhi oleh semua ADUN. Soalan tambahan sepatutnya hanya boleh dikemukakan dalam masa 30 saat selepas lima minit pertama yang diperuntukkan untuk exco menjawab soalan lisan pertama.

Kekecohan berlaku apabila kebanyakan ADUN pembangkang bangun termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Saarani Mohamad dan membantah tindakan Koo Ham yang terus memberi ruang kepada soalan seterusnya sebelum soalan ADUN Selinsing dijawab oleh exco terlibat.

Walaubagaimanapun, persidangan dapat dikawal oleh Koo Ham selepas ianya diteruskan semula selepas lima minit masa rehat tamat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *