Penerima Kad Perak Prihatin dinaikkan, Kotak Harapan ditambah tiga kali ganda

Penerima Kad Perak Prihatin dinaikkan, Kotak Harapan ditambah tiga kali ganda

IPOH: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan penambahan penerima bantuan Kad Perak Prihatin di bawah Fokus Kedua: Keadilan Sosial, Kesejahteraan Rakyat Serta Kelestarian Sumber dan Alam Sekitar, Belanjawan Negeri Perak 2020.

Menurutnya, jumlah penerima dinaikkan kepada 20 ribu isi rumah daripada 17 ribu sebelum ini dengan peruntukan sebanyak RM25.2 juta.

“Peruntukan untuk Kad Perak Prihatin dinaikkan daripada RM22.0 juta kepada RM25.2 juta dengan penambahan jumlah penerima dari 17,000 kepada 20,000 isirumah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Belanjawan Negeri Perak 2020 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu membentangkan Belanjawan Perak 2020 bertemakan “Berdaya Tahan, Mampan dan Inklusif”.

Kad Perak Prihatin ialah kad dua dalam satu yang merangkumi kad makanan dan kesihatan bagi membantu meringankan bebanan dan kos sara hidup rakyat.

Penerima kad tersebut akan menerima pembiayaan sebanyak RM80 sebulan untuk pembelian makanan asas dan RM300 untuk rawatan di klinik panel bagi tempoh setahun.

Dalam pada itu, Ahmad Faizal turut mengumumkan penambahan peruntukan kepada Program Kotak Harapan sebanyak tiga kali ganda.

Pada tahun 2019, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1 juta, dan pada tahun ini dinaikkan kepada RM4 juta.

“Peruntukan untuk Program Kotak Harapan dinaikkan daripada RM1.0 juta kepada RM4.0 juta bersamaan 78,400 kotak untuktahun 2020,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar
    vanitha 9 months

    saya miskin dari lingkungan miskin tegar mengikut semakan pej. daerah, tapi jkm kata kad prihatin bukan kategori saya. saya terima bantuan jagaan untuk ayah saya yang terlantar. adakah saya tak layak kenara ini?

  • Disqus ( )