Rizab dan tunai negeri Perak meningkat 31.8 peratus

Rizab dan tunai negeri Perak meningkat 31.8 peratus

IPOH: Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan Rizab dan tunai negeri meningkat sebanyak 31.8 peratus.

Kata beliau, sehingga 31 Oktober 2019 rizab dan tunai negeri mencecah RM1,418,608,276.89 iaitu meningkat sebanyak RM341,992,926.59.

“Sehingga 31 Oktober 2019, rizab dan tunai Negeri mencecah RM1,418,608,276.89 iaitu peningkatan sebanyak 31.8% bersamaan RM341,992,926.59 berbanding rizab dan tunai pada 31 Disember 2018 yang berjumlah RM1,076,615,350.30,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Perak 2020 di Dewan Negeri, disini Jumaat lalu.

Ahmad Faizal menjelaskan, bagi meningkatkan hasil kerajaan negeri untuk mencapai sasaran hasil, beberapa langkah telah dilaksanakan antaranya melaksanakan semakan status penggunaan tanah dan tukar syarat (Premium & Cukai Tanah).

“Antaranya, melaksanakan semakan semula hakmilik-hakmilik PLUS kerana terdapat pembinaan gerai-gerai komersil di Hentian Sebelah yang merupakan pelanggaran kepada syarat nyata tanah tersebut.

“Kerajaan negeri juga memberi kemudahan bayaran ansuran cukai tanah kepada pembayar-pembayar cukai yang mempunyai tunggakan tinggi,” katanya.

Kerajaan negeri juga katanya melaksanakan kutipan Lesen Pendudukan Sementara (T.O.L) atau Pajakan Pokok

“Sebagai contoh, mengenakan caj tersebut kepada penggunaan Padang Ragut untuk tujuan pertanian seperti di FELDA dan FELCRA.

“Melalui pelaksanaan sistem e-tanah, hakmilik strata bagi skim pembangunan strata akan didigitalkan untuk memudahkan urusan rakyat.

“Selaras dengan itu, pelaksanaan cukai petak akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2020 bagi semua skim pembangunan strata di Negeri Perak,” jelasnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )