12 projek bernilai RM1. 08 bilion untuk Daerah Bagan Datuk

IPOH: Penduduk Daerah Bagan Datuk akan mendapat manfaat daripada pelaksaan 12 projek yang telah dan sedang dilaksanaan di daerah berkenaan.

Ketika menjawab soalan lisan daripada Adun Rungkup, Dato’ Shahrul Zaman Yahya hari ini, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan dewan negeri status 12 projek terbabit:

1. Projek Pembangunan Landskap Dataran Bagan Datuk – RM2.5 juta, siap sepenuhnya.

2. Projek Naiktaraf Padang Sekolah Di SMK Seri Muara – RM222 ribu, siap sepenuhnya.

3. Projek Pembinaan Baru Tandas Di Sekolah Kebangsaan Tanjong Bayan – RM 653 ribu, siap sepenuhnya.

4. Projek Pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bagan Datok – RM 130 juta, dalam perlaksanaan.

5. Projek Pembinaan Kompleks Sukan Bagan Datuk – RM39 juta, dalam perlaksanaan.

6. Projek Menaiktaraf Laluan FT069 Dari Jalan Simpang Empat Hutan Melintang Ke Parit 19 Bagan Datuk – RM111 juta, dalam perlaksanaan.

7. Projek Membina Jambatan Bagan Datuk, Daerah Hilir Perak Ke Kampung Sejagop – RM446 juta, dalam perlaksanaan.

8. Pembinaan Politeknik Bagan Datok – RM220 juta, dalam perlaksanaan.

9. Kerja-Kerja Membina 3 Buah Rumah Pam Di Rancangan Saliran Jenderata – RM3 juta, belum dimulakan.

10. Membaikpulih Dan Meninggi Ban Pantai Sungai Belukang Mukim Rungkup – RM8 juta, belum dimulakan.

11. Rancangan Tebatan Banjir Bagan Datuk – RM87.6 juta, belum siap.

12. Kerja Tanah Klinik Kesihatan 3 & Kuarters di Hutan Melintang -RM8.85 juta, belum siap.

Menurut Ahmad Faizal, Projek Pembinaan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Daerah Bagan Datuk telah ditangguhkan pelaksanaannya untuk kajian semula setelah mempertimbangkan “cost-benefit analysis” dan implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri, ekoran pembatalan beberapa projek pembangunan infrastruktur di kawasan tersebut oleh Kerajaan Persekutuan.

“Walaubagaimanapun, pada masa ini Daerah Bagan Datuk, Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk sedia ada yang sedang beroperasi ini telah disiapkan pada 14 Februari 2018 dan telah mula beroperasi sepenuhnya pada 5 Mac 2018.

” Selain itu, Daerah Bagan Datuk juga telah mempunyai pelbagai pejabat-pejabat Kerajaan di peringkat daerah yang terletak di sekitar ibu daerah itu sendiri termasuklah Pejabat Agama Islam Daerah, Pejabat Baitulmal Daerah, Pejabat Jabatan Kerja Raya Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah, Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Daerah, Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah dan Pejabat RELA Daerah.

“Pejabat-pejabat ini sudah pun berfungsi secara ‘full-fledge’ seperti pejabat peringkat daerah di daerah-daerah lain di Negeri Perak,” katanya dalam Sidang Dun Perak, disini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *