Pelbagai inisiatif untuk miskin tegar

IPOH: Ketika ditanya berkaitan apakah usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan miskin tegar selepas mereka berjaya dikeluarkan dari golongan berkenaan agar tidak lagi bergantung kepada pihak kerajaan, Dato’ Asmuni Awi(Manjoi-PH) menyatakan bahawa pihak kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif termasuk pembiayaan, pinjaman dan latihan agar golongan ini terutama mereka yang diluar bandar dapat meningkatkan pendapatan isi rumah.

“Kerajaan pada masa ini banyak menyediakan program untuk keluarkan mereka dari tahap kemiskinan, terutama meraka yang tinggal diluar bandar seperti Tabung Usahawan Asnaf oleh pihak MAIPk, Tabung Usahawan Yayasan Perak, Tabung Usahawan RISDA dan KEMAS dan pinjaman perniagaan daripada TEKUN Nasional. Selain daripada beberapa program latihan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk menyiapkan mereka menjadi usahawan dan menambah pendapatan isi rumah mereka” katanya.

Soalan tambahan berkenaan diajukan oleh ADUN Kamunting, Ir Dr Muhd Fadhil Nuruddin semasa sesi soal jawab lisan pada hari keempat, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang bermula pad 15 November 2019 yang lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *