Pembangkang kutuk, perlekeh Hasnul bersolidariti buat Muath Amarneh

IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, dan NGO Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim menzahirkan solidaritinya terhadap wartawan jurugambar bebas Palestin, Muath Amarneh di dalam Persidangan DUN Perak.

Beliau ditembak di mata oleh tentera Israel ketika membuat liputan demonstrasi di Tebing Barat tempoh hari.

Katanya, Muath Amarneh kini dirawat di Pusat Perubatan Hadassah di Baitulmuqaddis sejak ditembak di sebelah mata kiri menggunakan peluru hidup Jumaat lepas oleh tentera Israel yang cuba meleraikan penunjuk perasaan Palestin di Kampung Surif di Wilayah Selatan Tebing Barat.

“Sebagai tanda solidariti terhadap apa yang berlaku kepada beliau, saya akan membuat ucapan penggulungan dengan menutup sebelah mata seperti mana yang dilakukan oleh warga antarabangsa yang bersimpati dengan kejadian yang menimpa beliau,” katanya ketika berucap di dalam ucapan penggulungan perbahasan Belanjawan Perak 2020 di DUN Perak, disini hari ini.

Walaubagaimanapun, tindakan Hasnul diperlekeh dan dihina oleh wakil rakyat pembangkang yang melabel beliau dengan pelbagai kata-kata antaranya ‘nampak bodoh’, ‘gila glamour’, ‘opera’, ‘memalukan’, ‘wayang’, ‘mata satu dah tak nampak’ dan sebagainya.

Adun Kenering, Datuk Mohd Tarmizi Idris mengatakan, Hasnul janganlah jadi pelakon dengan membuat tindakan seperti itu.

“Saya bimbang Titi Serong dalam keadaan tidaksihat ke macam mana. Tadi saya tengok mata dia okey,” kata Mohd Tarmizi.

“Oooo.. solidariti… Jangan jadi pelakon,” kata Kenering.

Beliau mempersoalkan kepada Speaker DUN Perak, Dato’ Ngeh Koo Ham adakah tindakan Titi Serong bersolidariti seperti itu dibenarkan di dalam dewan.

Adun Kenering, Datuk Mohd Tarmizi Idris mempertikai tindakan Hasnul bersolidariti.

Selain itu, beberapa ADUN pembangkang turut melakukan tindakan yang sama dengan mempertikaikan solidariti tersebut.

“Simpati pun takkan sampai nak berlakon?,” kata ADUN Temengor, Salbiah Mohamed.

ADUN Selinsing, Mohamad Noor Dawoo pula berkata, “Kalau kaki kudung kita solidariti macam mana?.

“Solidariti itu kene betul-betul, tampal macam itu dah macai filem P Ramlee,” kata Selinsing.

Terdahulu, seorang wartawan dari Palestin iaitu Mu’ath Amarneh yang sedang membuat tugasan bagi melaporkan keadaan semasa tunjuk perasaan telah ditembak sehingga parah pada matanya.

Tindakan biadap tentera Israel itu telah mengakibatkan warga dunia mengecam kejadian tersebut dimana ramai pihak menyeru organisasi antarabangsa untuk mengambil tindakan terhadap kes tersebut.

Dengan menggunakan hastag ‘MuathEye’, ‘EyeofTruth’ dan ‘MuathAmarneh’ ramai pihak telah melakukan solidariti dengan menutup sebelah mata mereka sebagai tanda agar insiden yang menimpa pemuda itu dibela.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *