Bajet Perak 2020: Peruntukan Agama Islam meningkat 20 peratus kepada RM153 juta

IPOH: Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan RM153.1 juta bagi memperkasakan syiar Islam di Negeri Perak. Ia merupakan antara inisiatif kerajaan negeri dalam Bajet 2020 Negeri Perak yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Azumu turut mengulangi makluman berkaitan inisiatif berkenaan dalam ucapannya semasa merasmikan Majlis Berkhatan Beramai-ramai yang berlangsung di Kampung Seri Klebang pagi semalam.

Beliau berkata, di antara sebahagian pecahan peruntukan itu adalah;

INISIATIF BAHARU

• RM5 juta Program Bantuan Umrah kepada 1,000 asnaf terpilih

• RM1.5 juta Program Bantuan Wang Saku kepada 3,000 jemaah hajimuassasah dari Perak

• RM500,000 Inisiatif baharu Bantuan Pengurusan Masjid bagi 25 masjid terpilih

• RM700,000 Kos pengurusan dan operasi Bahagian Pengurusan Halal Jabatan di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Perak

• RM100,000 kos operasi Pondok Warga Emas

PENAMBAHBAIKAN

• Tingkatkan bantuan makanan RM12 sehari kepada RM20 sehari untuk para pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR)

MENERUSKAN KESINAMBUNGAN

• RM18 juta untuk pembinaan Kompleks Jabatan Agama Islam Negeri di Meru dan Pejabat Agama Daerah Manjung

• RM22.2 juta untuk Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan

• RM10 juta untuk membina masjid dan surau

• RM3.3 juta bagi keselamatan sekolah tahfiz

• RM3juta untuk Sekolah Agama Rakyat

• RM2 juta untuk sekolah tahfiz dan pondok swasta

• RM1 juta untuk penyelenggaraan enam buah masjid utama Negeri

“Inshaallah, jumlah ini akan ditingkatkan untuk tahun-tahun mendatang.” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *