Hasnul Zulkarnain dilantik Ketua Pemuda AMANAH sesi 2019-2022

Hasnul Zulkarnain dilantik Ketua Pemuda AMANAH sesi 2019-2022

Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim dilantik sebagai Ketua Pemuda AMANAH Nasional yang baru bagi sesi 2019-2022 bagi menggantikan Sany Hamzan yang juga merupakan ADUN Templer.

Hasnul yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong merangkap Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak memperoleh 214 undi daripada 365 pengundi yang hadir dalam pemilihan Jawatankuasa Pemuda AMANAH Nasional, di Dewan Komuniti Batu Muda, Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Shazni Munir yang memperoleh 195 undi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional pula dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda.

Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda 1 AMANAH, disandang oleh Ketua Pemuda AMANAH Negeri Johor, Taqiuddin Cheman dengan pungutan sebanyak 178 undi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )