Ibu bapa yang tak mampu beri kelengkapan sekolah beritahu saya – Hasnul

Ibu bapa yang tak mampu beri kelengkapan sekolah beritahu saya – Hasnul

PARIT BUNTAR: “Beritahu saya jika tidak mampu, jangan kerana ketidakmampuan itu menjejaskan persediaan persekolahan anak-anak kita,” kata ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim kepada rakyat di DUN tersebut.

Menurutnya, beliau bersama Pusat Khidmat DUN Titi Serong akan memberi bantuan kepada mana-mana ibu bapa yang tidak berkemampuan menyediakan kelengkapan persekolahan menjelang pembukaan sesi persekolahan tahun hadapan.

Exco Kerajaan Negeri Perak itu berkata, pihaknya telah mengagihkan sumbangan kelengkapan persekolahan di semua peringkat melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan program bantuan ini masih lagi berjalan.

Kata beliau, 19 Disember ini berlangsungnya program “Back To School” anjuran Yayasan Perak dan Pusat Khidmat DUN Titi Serong yang diadakan di Dewan Ramli Ngah Talib.

Ini kata beliau adalah salah satu program yang diadakan dalam membantu golongan yang memerlukan di DUN Titi Serong dalam menghadapi pembukaan sesi persekolahan baharu.

“Saya akan memberi bantuan kepada mana-mana ibu bapa yang tidak berkemampuan menyediakan kelengkapan persekolahan.

“Keutamaan kepada penduduk di DUN Titi Serong dan jika ada lebihan, saya akan agihkan di kawasan yang lain.

Sila hadir ke Pusat Khidmat DUN Titi Serong untuk pendaftaran atau tinggalkan komen di Facebook saya sebelum 22 Disember 2019,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (4)
  • comment-avatar
    MASTIAH BT HASHIm 10 months

    Bagaimana ya saya ingin memohon kelengkapan sekolah?

  • comment-avatar
    MASTIAH BT HASHIM 10 months

    Assalammualaikum,, bagaimana yer sy nk memohon kelengkapan sekolah ni???

  • comment-avatar
    Mohamad Bakri Shaharudin 10 months

    Mohon bantuan kelengkapan persekolahan ank perempuan berusia 15 thn tahun 2020.

  • comment-avatar
    Mohamad Bakri Shaharudin 10 months

    Mohon bantuan kelengkapan persekolahan ank perempuan berusia 15 thn tahun 2020.

  • Disqus ( )