Ugut Exco, seorang lelaki ditangkap

Ugut Exco, seorang lelaki ditangkap

IPOH: Seorang lelaki ditangkap pihak polis selepas disyaki mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Exco Kerajaan Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada salah seorang pengguna Facebook yang menjumpai komen berkenaan pada Sabtu lalu.

“Pada 14 December, pihak polis menerima satu aduan daripada seorang lelaki Melayu yang menyatakan telah terbaca komen berbaur ugutan daripada seorang netizen yang menggunakan akaun Facebook atas nama seorang lelaki, terhadap Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

“Berdasarkan kepada aduan itu, pihak polis telah menjalankan siasatan dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan / 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Bertindak berdasarkan maklumat, pada 16 Disember, jam lebih kurang 6.30 petang, pihak polis berjaya menangkap seorang lelaki Melayu berumur dalam lingkungan 62 tahun yang disyaki melakukan ugutan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, katanya, pihak polis juga berjaya merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk memuatnaik komen ugutan terhadap Adun Titi Serong itu di laman sosial Facebook.

Individu tersebut juga ditahan dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak untuk siasatan lanjut bersama barang-barang rampasan.

Siasatan lanjut telah dijalankan oleh pihak polis dan tangkapan ditahan reman selama tiga hari mulai hari ini sehingga 19 December.

Semakan rekod lampau juga mendapati saspek mempunyai kesalahan lampau di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )