Sekretariat Mahasiswa Perak lebarkan sayap, lantik 4 ahli majlis di UK

Sekretariat Mahasiswa Perak lebarkan sayap, lantik 4 ahli majlis di UK

IPOH: Kunjungan Sekretariat Mahasisiwa Perak (SMP) bersama anak Perak di United Kingdom telah mencapai beberapa persetujuan dalam memulakan kerjasama.

Pengerusi SMP, Khairol Najib berkata, antaranya adalah pelantikan empat mahasiswa sebagai Ahli Majlis Sekretariat Mahasiswa Perak mewakili universiti masing-masing.

“Mereka terdiri daripada Nurina Amanina Dania Binti Mohd Idrus Salmi Manja mewakili Universiti of Manchester, Syahidatul Balqish Binti Suhaimi mewakili Universiti of Sussex, Zainur Firdaus Bin Jainal mewakili Universiti of Manchester Oxford dan Muhammad Fakrul Bin Faizal mewakili Universiti of Edinburgh,” katanya.

Khairol Najib berkata, susulan itu, mereka juga telah diberi mandat sebagai Ahli Jawatankuasa Penaja bagi menubuhkan Persatuan Anak Perak di United Kingdom dengan diketuai oleh saudara Muhammad Fakrul bin Faizal sebagai Pengerusi Penaja.

“Pihak SMP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan tersebut dan akan membantu dalam urusan penubuhan Persatuan Anak Perak di UK dengan kerjasama daripada Malaysian Education (EM) London,” katanya.

Pada 28 September lalu, SMP telah melantik Ahli Majlis mewakili 23 IPT dalam negara bagi kumpulan pertama.

SMP merupakan sebuah pertubuhan bawah naungan Kerajaan Negeri Perak melalui Yayasan Perak.

Peranan SMP ialah mengelola, menyelaras dan melaksanakan program-program kemahasiswaan selain membuka pendaftaran kepada Mahasiswa Perak seluruh Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi tujuan penyebaran maklumat program dan insentif yang disediakan Kerajaan Negeri.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )