MB Inc sumbang kelengkapan persekolahan kepada golongan memerlukan

MB Inc sumbang kelengkapan persekolahan kepada golongan memerlukan

IPOH: Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) melalui anak syarikatnya Amanjaya TT5 mengadakan program ‘Back To School@TT5’ iaitu sumbangan kelengkapan persekolahan kepada 98 penerima di Galeri Kapal Korek Tanjung Tualang TT5 baru-baru ini.

Sumbangan alat tulis, pakaian seragam dan beg disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan MB.Inc, Nor Afzanizam Abd. Manan dan Yang Dipertua Majlis Daerah Batu Gajah, Mohamad Razif Ramli.

Sumbangan itu bagi membantu ibu bapa kurang berkemampuan untuk menyediakan kelengkapan persekolahan tahun depan.
Para penerima sumbangan terdiri daripada ibu bapa dari kampung-kampung dalam Mukim Tanjung Tualang.

Program itu pertama kali diadakan Galeri Kapal Korek Tanjung Tualang TT5.

Sementara itu, pengunjung TT5 boleh merasai pengalaman melawat kapal korek bersama pemandu pelancong dengan memilih lawatan dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin dengan bayaran serendah RM5.

Pengunjung akan diberikan taklimat keselamatan dan dikehendaki memakai topi keselamatan di samping menguji kemahiran mendulang bijih timah dan melawat galeri.

Pengunjung juga boleh meninjau kiosk minuman yang dikenali ‘The Can Tin Diner’ yang suatu masa dahulunya merupakan sebuah gerabak keretapi lama.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )