“Dapatlah cucu-cucu pakcik pergi sekolah dengan baju baru”

LUMUT: Setiap kali program bantuan diadakan, sudah pasti pelbagai reaksi daripada penerima yang terharu dan bersyukur dengan bantuan yang diberikan.

“Terima kasih nak, dapatlah cucu-cucu pakcik pergi sekolah dengan baju baru.”

Ini adalah luahan ringkas tetapi sangat bermakna dari seorang datuk kepada cucu penerima bantuan program Kembali Ke Sekolah anjuran ARiF Lumut & NGO Peduli Manjung di TF Mart, semalam.

Menjelang pembukaan sekolah pada Khamis ini, seramai 5 orang asnaf telah dibawa ke pusat membeli belah itu untuk sama-sama membeli baju dan keperluan sekolah.

Pengarah ARiF Lumut, Hamri Ibrahim berkata, seusai membeli belah, mereka dibawa ke KFC berhampiran untuk menikmati sedikit juadah yang ditaja oleh Ahli Majlis MPM Zon 6, Syed Mohd Najib Syed Aziz.

Penerima bantua diberi peluang memilih sendiri bantuan kelengkapan persekolahan.

Keluarga penerima sumbangan itu turut dibekalkan dengan keperluan dapur seperti beras, minyak masak, tepung, gula, kicap, sos cili, susu pekat, biskut, milo dan teh.

“Terpancar kegembiraan di wajah-wajah anak kecil ini apabila mendapat peralatan sekolah baru disamping dijamu dengan ‘fast food’ yang mungkin jarang mereka nikmati.

“Semoga sedikit sumbangan ini dapat membantu persiapan mereka untuk ke sekolah dan menjadi insan yang cemerlang,” katanya.

Jelasnya, ARiF Lumut sentiasa cakna dalam isu pendidikan dan kebajikan KERANA dengan pendidikan lah jalan keluar dari kepompong kemiskinan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.