Bajet Perak 2020 untuk PIBG dan Kelab Guru meningkat 67 peratus!

Bajet Perak 2020 untuk PIBG dan Kelab Guru meningkat 67 peratus!

IPOH: Disaat isu yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) hangat diperkatakan dan dibincangkan oleh ramai pihak terutama para netizan, ramai yang tidak tahu Kerajaan Negeri Perak turut menyediakan peruntukan kepada PIBG.

Malah Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu telah mengumumkan peningkatan sebanyak 67% peruntukan kepada Bantuan Kelab Guru dan PIBG untuk tahun 2020.

“Bantuan Kelab Guru dan PIBG ditingkatkan kepada RM2.0 juta daripada RM1.2 juta pada tahun 2019.

“Peningkatan sebanyak 67% ini bertujuan untuk menggalakkan komitmen para pendidik dan ibu bapa dalam memajukan pendidikan anak-anak,” katanya Ahmad Faizal.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Perak 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak pada 22 November lalu.

Difahamkan peruntukan tersebut adalah di bawah bidangkuasa Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari.

Semua PIBG dan Kelab Guru di seluruh negeri Perak harus memanfaatkan peruntukan yang telah diberikan ini.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar
    Rasmuna bt Abd Karim 10 months

    Sekolah menengah Aminuddin Baki masih menunggu peruntukan yang telah dijanjikan pada tahun 2019.
    Baguslah dibuka utk kelab guru.kelab guru memerlukan dana utk menjalankan program guru.
    Smk aminuddin Baki memerlukan dana utk membeli komputer dan printer utk kegunaan guru dalam menjalani PDPc 2020

  • Disqus ( )