Misi bantuan saat akhir, AMANAH Tanjung Malim cari asnaf tercicir

Misi bantuan saat akhir, AMANAH Tanjung Malim cari asnaf tercicir

TANJUNG MALIM: Seramai 57 kanak-kanak yang terdiri daripada pelajar sekolah di kalangan keluarga asnaf sekitar parlimen Tanjung Malim mengukir senyuman ceria selepas menerima bantuan kelengkapan persekolahan semalam.

Meskipun sesi persekolahan akan bermula hari ini , namun usaha untuk memastikan mereka yang tercicir daripada menerima bantuan awal kelengkapan persekolahan tetap dibuat semalam bagi memastikan pelajar-pelajar ini tidak dipinggir.

Ketua AMANAH Kawasan Tanjung Malim berkata, ke semua 57 penerima terdiri daripada pelajar sekolah rendah di Kampung Kelawar, Felda Sungai Behrang, PPSK Serigala, Kampung Kelan, Kampung Balun, Trolak Timur, Felda Sungai Klah, Kampung Ulu Slim dan Proton City.

“Dalam program Kunjung Asnaf yang dianjurkan AMANAH Kawasan Tanjung Malim, kami mendapati masih ramai lagi golongan asnaf yang masih tidak membeli kelengkapan persekolahan atas faktor kesempitan hidup.

“Ternyata mereka sangat teruja apabila disantuni dan menerima bantuan kelengkapan persekolahan daripada kami,”katanya.

Turut bersama dalam program Kunjung Asnaf itu ialah Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Kawasan Tanjung Malim.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda AMANAH Negeri Perak berkata, pihaknya turut mengadakan sesi dialog bersama pimpinan peneroka Felda di Trolak Timur bagi mencari jalan penyelesaian terhadap beberapa isu berbangkit melibatkan peneroka Felda di sini.

“Kami akan terus menjeki asnaf yang memerlukan perhatian dan sumbangan tanpa bersifat bermusim.

“Usaha dan pendekatan begini akan diteruskan pada masa akan datang untuk memperlihatkan AMANAH Tanjung Malim sentiasa menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar

    Saya berterima kasih atas bantuan dari pihak amanah tanjung malim kepada rakyat yang kurang pendapatan semasa anak anak mereka bersekolah. Dan pihak amanah telah memberi bantuan perkakas kegunan sekolah. Maka itu kurang lah beban pada rakyat. T. Kasih amanah T. Malim

  • Disqus ( )