Semangat Dr Maszlee untuk terus berbakti masih utuh

IPOH: Perletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan yang diumumkannya petang tadi semestinya satu berita yang mengejut ramai pihak.

Tidak terkecuali Exco Kerajaan Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim sebagai pemimpin muda yang mengikuti secara dekat agenda dan program yang dilakukan dalm tempoh 20 bulan beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan.

Menurutnya, pnyertaannya ke arena politik juga satu keputusan besar yang dibuat beliau meskipun mempunyai masa depan yang lebih cerah dalam dunia akademia.

“Menonton sidang media beliau, sebahagian besar daripada ucapannya masih menyebut tentang pembaharuan dan reformasi yang dilakukannya dalam KPM.

“Ternyata semangatnya untuk terus berbakti masih utuh.

“Apapun ucapan terima kasih daripada kami buat YB Dr Maszlee Malik atas sumbang bakti beliau dalam melakukan perubahan dalam Kementerian Pendidikan Malaysia,” katanya melalui laman Facebooknya.

Hasnul menjelaskan, tindakan Maszlee walaupun mengundang pelbagai polemik, tetapi jiwa besar yang ditunjukkan dalam mentaati pemimpin wajar dijadikan contoh buat semua khususnya pemimpin muda pada hari ini.

“Semoga Dr Maszlee terus menyumbang kepada pembangunan negara demi mencapai matlamat Malaysia Baharu yang kita bina selama ini.

“Terima kasih Dr Maszlee,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.