Khabar angin jadi MB Perak, Zainol Fadzi anggap ia lawak 2020

Khabar angin jadi MB Perak, Zainol Fadzi anggap ia lawak 2020

IPOH: Penasihat Menteri Besar Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin menafikan beliau akan menggantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Kenyataan itu dibuat sebagai menjawab mesej yang tular sejak kelmarin mendakwa Ahmad Faizal akan menggantikan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan.

Zainol Fadzi berkata, mesej tular tersebut disifatkan tidak berasas dan sebagai ‘jenaka’ pihak tidak bertanggungjawab.

“Ini semua cerita rekaan. Saya anggap sebagai lawak tahun baru 2020 yang langsung tidak benar sama sekali.

“Semalam ramai yang menghubungi saya bertanyakan hal tersebut. Jenuh menjawab mesej dan panggilan mengenai kebenaran mesej itu,” katanya, lapor Sinar Harian.

Zainol Fadzi turut membuat memuat naik status di Facebooknya yang menafikan dakwaan yang tersebar itu.

Semalam, satu mesej tular memaklumkan Ahmad Faizal akan dilantik sebagai Menteri Pendidikan menggantikan Maszlee yang meletakkan jawatan pada 2 Januari lalu.

Selain itu, mesej tersebut turut menamakan Zainol Fadzi sebagai pengganti Ahmad Faizal untuk jawatan Menteri Besar Perak.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )