AMANAH lebar sayap, tubuh kawasan di Lenggong

AMANAH lebar sayap, tubuh kawasan di Lenggong

IPOH: Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak terus melebarkan sayapnya dengan menubuhkan AMANAH Kawasan Lenggong baru-baru ini. Majlis telah dirasmikan oleh Dato’ Asmuni Awi selaku Pengerusi AMANAH Perak bertempat di Pekan Lawin dan turut dihadiri oleh 250 orang masyarakat sekitar. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh Ustaz Abdul Karim bin Mahmud, Ketua Kawasan AMANAH Lenggong dan ucapan perasmian oleh Dato’ Asmuni.

Semasa berucap, Dato’ Asmuni mengingatkan cawangan-cawangan yang baru ditubuhkan agar mampu berhadapan dengan cabaran politik masa kini terutama di era media terbuka.

“Saya menyatakan bahawa sekarang kita berhadapan dengan keadaan media ‘langit terbuka’ dan ianya adalah cabaran yang besar bagi parti politik yang memerintah. Sesuatu isu termasuk isu yang tidak benar mampu tersebar hanya dalam sekelip mata sahaja,” katanya

“Cabaran ini hanya dapat dilalui sekiranya semua pihak dan parti komponen bersatu padu dan bekerja sepenuh hati. Cabaran ini juga akan menjadi punca kepada keretakan perjuangan kita sekiranya ia tidak diurus dengan baik dan teliti,” katanya lagi.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak turut menyeru semua pihak bersusaha memberi maklumat kepada seluruh masyarakat berkaitan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan.

“Usaha-usaha murni kerajaan merangkumi semua inisiatif dan insentif untuk kesejahteraan rakyat haruslah disampaikan kepada semua lapisan masyarakat, dan hakikatnya ini bukanlah suatu perkara yang mudah.”

Majlis turut dihadiri oleh Noor Sham binti Abu Samah, Penyelaras DUN Kenering dan Dr Fakhruldin Mohd Hashim, Naib Pengerusi AMANAH Perak.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )