Gangguan air di Kerian: Kualiti air mentah bertambah baik

Gangguan air di Kerian: Kualiti air mentah bertambah baik

IPOH: Lanjutan dari masalah gangguan bekalan air di kawasan Parit Buntar, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau, Lembaga Air Perak (LAP) telah mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam Dan Infrastruktur, Pertanian Dan Perladangan Negeri Perak, Dato’ Yunus Jamhari berkata, sehingga kini melalui pemantauan yang dibuat menunjukkam kualiti air mentah bertambah baik.

“Pada jam 3.00 petang 7hb Januari 2020, Loji Rawatan Air Jalan Baru telah mula beroperasi apabila kualiti air terusan kembali normal.

“Bekalan air bersih telah disalurkan kepada pengguna-pengguna secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada lewat malam ini,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Yunus berkata, LAP mengucapkan terima kasih kepada semua agensi-agensi yang telah memberikan kerjasama dalam membantu menyelesaikan masalah ini.

Pihak LAP juga katanya memohon maaf diatas segala kesulitan yang dihadapi oleh pengguna-pengguna di kawasan yang terjejas.

“Disamping itu LAP juga mengucapkan terima kasih kepada pengguna-pengguna diatas kesabaran menghadapi masalah gangguan bekalan air,” katanya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )