MAIPk terima zakat korporat RM3.43 juta

MAIPk terima zakat korporat RM3.43 juta

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan bernilai RM3.43 juta daripada enam entiti korporat.

Majlis serahan itu telah diadakan di Istana Perak, Changkat Persekutuan, semalam.

Pada majlis tersebut, Bank Pembangunan Malaysia Berhad mengemukakan bayaran zakat perniagaan tertinggi bagi tahun kewangan berakhir 2018 iaitu sebanyak RM1.3 juta diikuti KAF Investment Bank Bhd RM928,000.

Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Bhd turut menyerahkan sejumlah RM523,516.30 zakat perniagaan kepada baginda manakala Risda Negeri Perak pula membayar zakat perniagaan sebanyak RM383, 389.47.

Selai itu, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak sebanyak RM200,000 dan Gerbang Alaf Restaurant berjumlah RM101,000.

Majlis berkenaan turut dihadiri Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan Ahli-Ahli MAIPk iaitu Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, Profesor Datuk Dr Ansary Ahmed serta Setiausaha Maipk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari.

Dalam pada itu, pada minggu ini juga MAIPk turut menerima zakat perniagaan daripada tiga agensi dalam satu majlis yang berasingan melibatkan syarikat FGV Holdings Berhad bernilai RM105,739, Gitn Sdn Bhd (RM95,000) dan Prosontech Sdn Bhd RM25,000.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )