Kerajaan Perak bina rumah dua tingkat tiga bilik tidur dengan harga serendah RM70 ribu!

Kerajaan Perak bina rumah dua tingkat tiga bilik tidur dengan harga serendah RM70 ribu!

IPOH: Kerajaan Negeri Perak hari ini menunaikan impian rakyat di parlimen Gopeng untuk memiliki rumah pertama.

Melalui projek Rumah Perakku, kerajaan negeri telah membina 137 unit rumah dengan harga serendah RM70,000 di Raia Perdana.

Rumah dua tingkat yang dilengkapi dengan tiga bilik tidur itu dibangunkan secara usahasama di antara Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) dan MK Land Holdings Berhad ini.

Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, 137 unit rumah itu telah dijual dalam tempoh dua jam sahaja, yang mana mereka adalah dari kalangan yang berkelayakan.

“Projek tersebut ternyata mendapat sambutan hangat daripada para pembeli dari golongan B40 yang selama ini menanti peluang memiliki rumah pertama pada harga benar-benar mampu milik,” katanya selepas menyempurnakan majlis pelancaran Jualan Rumah Perakku Fasa 1A Projek Raia Perdana di Gopeng, disini hari ini.

Ahmad Faizal beramah mesra bersama pemohon Rumah Perak semasa majlis pelancaran hari ini.

Ahmad Faizal mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MK Land kerana sudi membiayai kos pembinaan bit polis dan pembinaan sebuah kompleks sekolah untuk projek Raia Perdana yang merangumi keseluruhan 2,190 unit rumah dan 155 unit rumah kedai.

Daripada jumlah itu, katanya, 137 unit Rumah Perakku yang habis terjual hari ini, akan dibina terlebih dahulu dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Beliau memberi komitmen kerajaan negeri akan melipatgandakan usaha bagi memenuhi impian golongan B40 di Perak untuk memiliki rumah pertama.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (16)
  • comment-avatar
    Ahmad Fauzi 9 months

    Syukur.
    Perak terbaik

  • comment-avatar
    prakashrao 9 months

    nice house

  • comment-avatar
    prakashrao 9 months

    perak nice house

  • comment-avatar
    Nor ain solihan binti rosli 9 months

    Di area gerik perak tak ada ker

  • comment-avatar
    Baskaran 9 months

    Nak beli 1 rumah

  • comment-avatar
    Salmah 9 months

    Dimana nak mohon n bagaimana nak dapatkan borangnya.

  • comment-avatar
    Devaa 9 months

    Nice house… hw to apply ….

  • comment-avatar
    Evylin 9 months

    Excellent… How to apply

  • comment-avatar
    Chiamchai 9 months

    Macam mana nak apply,di mn nk apply

  • comment-avatar

    Great.. Macam mne nk apply and where the place.

  • comment-avatar
    shafieka 9 months

    area sg siput ade x.. please inform

  • comment-avatar
    Norwani 9 months

    Mcm MN nk apply

  • comment-avatar

    Ada mohon tapi tak lulus…

  • comment-avatar
    Darunisham 9 months

    Terbaek

  • comment-avatar
    ikhwan 9 months

    jangan sembang je. tak nampak pun area hutan melintang

  • comment-avatar
    Darunisham 9 months

    Yg lawaknya dgr nama dh tahu tak lulus…

  • Disqus (0 )