Penerbit filem terkemuka India pilih Perak lokasi penggambaran

IPOH: Penerbit filem Tamil terkemuka, Suresh Kamatchi telah mengenalpasti beberapa lokasi menarik di Perak untuk penggambaran filem bertajuk ‘Maanaadu’.

Filem itu akan dibintangi oleh Silambarasan yang lebih dikenali sebagai Simbu atau STR di kalangan para peminatnya.

Filem berkisar mengenai politik dan aksi arahan pengarah terkenal Venkat Prabhu itu dijangka akan membuat penggambaran di Perak pada April depan dengan bantuan daripada Perak Filem Office (PFO) di bawah DigitalPerak.

Penerbit, Suresh Kamatchi yang berkunjung ke Perak bagi melawat beberapa lokasi, sempat mengadakan kunjungan hormat dengan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, Ahmad Faizal mengalu-alukan para penerbit filem dari India itu untuk menjalani penggambaran di pelbagai lokasi menarik di negeri Perak.

Menurutnya, ia sekaligus mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada para penggiat seni dan krew perfileman tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.