Saya fokus kepada tanggungjawab sebagai menteri besar – Ahmad Faizal

Saya fokus kepada tanggungjawab sebagai menteri besar – Ahmad Faizal

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan sebarang spekulasi kononnya beliau bakal menjadi menteri di peringkat persekutuan.

Menurutnya, desas-desus yang mengatakan beliau bakan menjadi Menteri Pelajaran menggantikan Dr Maszlee Malik yang melepaskan jawatan itu adalah tidak benar.

“Masyarakat tidak seharusnya mendengar apa saja spekulasi tentang perkara tersebut walaupun Tun Dr Mahathir telah menjelaskan bahawa pemilihan Menteri Pendidikan yang baharu akan dilantik dari kalangan ahli Parlimen Bersatu,” katanya ketika ditemui media semalam.

Beliau menegaskan, seluruh rakyat perlu memberi sokongan penuh terhadap usaha yang dibuat oleh kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammed.

Ini kerana kata beliau negara sedang dalam proses pembaikan oleh kerana terdapat banyak masalah yang perlu diselesaikan.

Namun begitu, beliau sangat gembira apabila jawatan Menteri Pelajaran dipegang secara interim atau sementara oleh Tun Dr Mahathir.

“Tun M dikenali sebagai seorang pemimpin yang amat berkebolehan dan tentunya beliau akan mampu menyelesaikan pelbagai kerumitan yang ada di kementerian tersebut.

“Tentunya saya atau mana-mana pemimpin lain, atau ahli parlimen yang sedia ada tidak mampu mampu menandingi keupayaan yang ada pada Tun M.

“Jadi, saya tidak perlu menyimpan angan-angan dan saya perlu fokus kepada usaha untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Perak,” katanya pagi.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )