Sultan Nazrin Shah berkenan lancar biografi Arshad

KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah perkara pertama wajar dilakukan imbasan ialah orang Melayu menghargai, berhasrat dan berupaya menguasai BI, selain tidak membantah subjek itu diajar kepada pelajar Melayu asalkan betul, berkesan, memberi nilai tambah dan membantu penguasaan ilmu.

Seterusnya, baginda bertitah, status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terus didaulatkan dan sama sekali tidak dikompromikan dalam majlis dan urusan rasmi di ITM dan UiTM, pada setiap masa.

Arshad bukan sahaja memperkenalkan pelbagai bidang profesional selaras keperluan sektor swasta, sebaliknya turut menekankan penggunaan BI sebagai bahasa penghantar walaupun semua pelajar ITM adalah Melayu dan Bumiputera.

“Seterusnya perlu ada pelan komunikasi efektif, bersifat terang, mencerahkan kepada kumpulan sasar dan masyarakat mengenai wawasan, matlamat, faedah, kaedah dan keperluan sesuatu program untuk mengelak polemik atau diputar untuk permainan dan sensasi politik.

“Komitmen bukan Melayu memenuhi tanggungjawab mengilmukan anak Melayu apabila diberikan amanah di sebuah institusi Melayu hingga lahirnya kumpulan profesional dan menengah Melayu yang ramai membuktikan kerjasama antara kaum berjaya dijalinkan melalui program dan institusi pendidikan.

“Ia memberi sinar harapan bahawa kerjasama antara kaum lebih mudah dipupuk, jika retorik politik berpaksikan kaum dan agama dapat diminimumkan serta politik yang mensensasikan kaum dan agama dapat dihentikan,” titah baginda, lapor BH Online.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Pelancaran Buku Arshad Ayub: Menanam Pokok Tempat Berteduh yang turut dihadiri Pro Canselor UM, Toh Puan Dr Aishah Ong, Tan Sri Siti Norma Yaakob dan Tan Sri Ramli Ngah Talib di sini, hari ini.

Buku setebal 85 halaman yang diterbitkan UM itu mengandungi kompilasi 13 esei sumbangan 15 penulis lulusan ITM dan individu yang mengenali Arshad secara peribadi.

Ia disunting bekas Naib Canselor UM, Profesor Emeritus Datuk Dr Hashim Yaacob serta Pensyarah Fakulti Seni dan Sains Sosial UM, Profesor Emeritus Datuk Dr Abu Bakar Hamid dan Profesor Dr Azizah Hamzah.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin Shah turut menzahirkan penghargaan atas inisiatif merintis kajian dan mengusulkan supaya kerajaan Perak membangunkan Pangkor dan Lumut sebagai destinasi pelancongan, seawal tahun 1970.

“Inisiatif ini dibuat ketika perbendaharaan kata ‘pelancongan’ masih bersifat asing dengan aktiviti pelancongan belum dilihat sebagai aktiviti ekonomi berpotensi besar untuk menjanakan pendapatan dan menyediakan pekerjaan,” titah baginda.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah perkara pertama wajar dilakukan imbasan ialah orang Melayu menghargai, berhasrat dan berupaya menguasai BI, selain tidak membantah subjek itu diajar kepada pelajar Melayu asalkan betul, berkesan, memberi nilai tambah dan membantu penguasaan ilmu.

Seterusnya, baginda bertitah, status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terus didaulatkan dan sama sekali tidak dikompromikan dalam majlis dan urusan rasmi di ITM dan UiTM, pada setiap masa.

Arshad bukan sahaja memperkenalkan pelbagai bidang profesional selaras keperluan sektor swasta, sebaliknya turut menekankan penggunaan BI sebagai bahasa penghantar walaupun semua pelajar ITM adalah Melayu dan Bumiputera.

“Seterusnya perlu ada pelan komunikasi efektif, bersifat terang, mencerahkan kepada kumpulan sasar dan masyarakat mengenai wawasan, matlamat, faedah, kaedah dan keperluan sesuatu program untuk mengelak polemik atau diputar untuk permainan dan sensasi politik.

“Komitmen bukan Melayu memenuhi tanggungjawab mengilmukan anak Melayu apabila diberikan amanah di sebuah institusi Melayu hingga lahirnya kumpulan profesional dan menengah Melayu yang ramai membuktikan kerjasama antara kaum berjaya dijalinkan melalui program dan institusi pendidikan.

“Ia memberi sinar harapan bahawa kerjasama antara kaum lebih mudah dipupuk, jika retorik politik berpaksikan kaum dan agama dapat diminimumkan serta politik yang mensensasikan kaum dan agama dapat dihentikan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Pelancaran Buku Arshad Ayub: Menanam Pokok Tempat Berteduh yang turut dihadiri Pro Canselor UM, Toh Puan Dr Aishah Ong, Tan Sri Siti Norma Yaakob dan Tan Sri Ramli Ngah Talib di sini, hari ini.

Buku setebal 85 halaman yang diterbitkan UM itu mengandungi kompilasi 13 esei sumbangan 15 penulis lulusan ITM dan individu yang mengenali Arshad secara peribadi.

Ia disunting bekas Naib Canselor UM, Profesor Emeritus Datuk Dr Hashim Yaacob serta Pensyarah Fakulti Seni dan Sains Sosial UM, Profesor Emeritus Datuk Dr Abu Bakar Hamid dan Profesor Dr Azizah Hamzah.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin Shah turut menzahirkan penghargaan atas inisiatif merintis kajian dan mengusulkan supaya kerajaan Perak membangunkan Pangkor dan Lumut sebagai destinasi pelancongan, seawal tahun 1970.

“Inisiatif ini dibuat ketika perbendaharaan kata ‘pelancongan’ masih bersifat asing dengan aktiviti pelancongan belum dilihat sebagai aktiviti ekonomi berpotensi besar untuk menjanakan pendapatan dan menyediakan pekerjaan,” titah baginda.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )