23 pelajar di Dun Kampong Gajah terima insentif sumbangan Dermasiswa Harapan

23 pelajar di Dun Kampong Gajah terima insentif sumbangan Dermasiswa Harapan

IPOH: Seramai 23 orang pelajar menerima insentif sumbangan Dermasiswa Harapan oleh Yayasan Perak yang berjumlah RM20,300.00.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh Penyelaras Dun Kampung Gajah, Zaiton Latiff dalam satu majlis yang diadakan di Pejabat Penyelaras Dun Kampong Gajah, disini hari ini.

Zaiton berkata, bantuan ini sebagai meringankan beban bakal mahasiswa dan keluarga bagi membuat persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Langkah ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak kepada kebajikan anak Perak.

Ke semua penerima dan wakil yang menerima insentif sumbangan Dermasiswa Harapan oleh Yayasan Perak dari kalangan pelajar di Dun Kampung Gajah.

“Permohonan Derma Siswa ini dibuka sepanjang tahun dan borang permohonan boleh didapati dipusat khidmat masing-masing atau boleh muat turun di laman web Yayasan Perak,” katanya kepada Perak Insights.

Jelasnya, Pejabat Penyelaras Dun Kampong Gajah sentiasa komited dalam membimbing dan membantu anak-anak Perak yang datang ke pejabat untuk memberi tunjuk ajar dan khidmat nasihat bagi proses pemohonan.

Selain itu, promosi ke akar umbi giat dilakukan agar program bantuan dapat diketahui oleh rakyat Perak khususnya di Dun Kampong Gajah.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )