Naiktaraf daerah Hulu Perak mampu tarik lebih ramai pelancong

IPOH: Penambahbaikan infrastruktur dan prasarana di daerah Hulu Perak mampu menarik lebih ramai pengunjung luar dan pelancong untuk berkunjung ke negeri Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Dato’ Abdul Yunus Jamhari berkata, naiktaraf daerah meliabatkan laluan Kuala Kangsar-Lenggong-Gerik-Pengkalan Hulu mampu merangsang ekonomi setempat yang banyak diusahakan oleh penduduk tempatan.

Selain itu, ia juga bakal memberi keselesaan kepada pengguna terutama masyarakat setempat.

Oleh yang demikian, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diatas peruntukan sebanyak RM11.7 juta kepada empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Peruntukan itu melibatkan empat PBT iaitu Majlis Perbandaran Taiping, Majlis Daerah Pengkalan Hulu, Majlis Daerah Gerik dan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar.

“Fasiliti yang dinaik taraf seperti ini mampu menarik lebih ramai pengunjung luar dan pelancong untuk berkunjung ke daerah Hulu Perak yang melibatkan laluan di antara Kuala Kangsar-Lenggong-Gerik-Pengkalan Hulu bagi merangsang ekonomi setempat yang banyak diusahakan oleh penduduk tempatan.

“Sudah tiba masanya empat daerah ini diberikan perhatian bukan sekadar menjadi laluan pengunjung atau pengguna Lebuh Raya Timur-Barat untuk ke Kelantan atau pun laluan pelancong luar yang ingin meneruskan perjalanan ke Selatan Thailand yang menjadi laluan darat keluar masuk yang utama ke negara tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Yunus berkata, empat daerah ini mampu menawarkan keselesaan sebagai tempat persinggahan bermalam sambil menikmati alam flora dan fauna yang boleh ditawarkan dibawah Eko Pelancongan (Eco-Tourism)’

Katanya, Perak sebagai negeri yang kaya dengan khazanah alam perlu dimanfaatkan sebaik mungkin supaya ekonomi dapat terus berkembang pesat.

Disamping itu kebudayaan, katanya, makanan tempatan dan sosiobudaya penduduk tempatan akan terus dapat di promosikan dan menjadi produk yang marketable.

Leave a Reply

Your email address will not be published.