Tahun lalu RM1.277 bilion, Mac ini Kerajaan Terengganu terima lagi RM700 juta wang royalti

Tahun lalu RM1.277 bilion, Mac ini Kerajaan Terengganu terima lagi RM700 juta wang royalti

KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Terengganu dijangka menerima bayaran wang royalti atau Wang Tunai Petroleum (WTP) sebanyak RM700 juta pada bulan Mac nanti.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bayaran pertama bagi tahun 2020 itu adalah kiraan kasar sebelum pemotongan hutang sebanyak 25 peratus.

“Bayaran wang royalti minyak dibuat sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September, ia dibayar separuh-separuh.

“Oleh itu kita jangka bulan Mac nanti tanpa pemotongan kita dapat dalam RM700 juta,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman hari ini, lapor Sinar Harian.

Tahun lalu, kerajaan persekutuan yang dipimpin oleh Pakatan Harapan telah menyalurkan royalti minyak kepada Kerajaan Terenggan yang dipimpin oleh berjumlah RM1.277 bilion.

Lantaran daripada itu, Ahmad Samsuri pernah mengeluarkan kenyataan dengan menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad lebih adil kepada kerajaan Terengganu pimpinan Pas berbanding BN termasuk dalam soal bayaran royalti petroleum untuk negeri.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )