200 masyarakat Tionghua Dun Titi Serong terima bantuan sempena Tahun Baru Cina

200 masyarakat Tionghua Dun Titi Serong terima bantuan sempena Tahun Baru Cina

PARIT BUNTAR: Seperti tahun-tahun sebelum ini Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim telah menyantuni masyarakat kaum Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Hari ini seramai 200 masyarakat kaum Tionghua di Dun Titi Serong telah menerima sumbangan duit raya dan cenderahati berupa kuih dan buah limau.

Penerima tersebut adalah dari kalangan warga emas dan golongan yang kurang berkemampuan di Dun Titi Serong Parlimen Parit Buntar.

Majlis penyampaian sumbangan Tahun Baru Cina ini diadakan di dua lokasi iaitu di Dewan Seri Tenggara Parit Buntar dan Balai Bomba Sukarelawan Tanjung Piandang.

Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain menyampaikan sumbangan wang tunai kepada seorang penerima dari kalangan yang kurang berkemampuan.
Dr Mujahid dan Hasnul bergambar bersama penerima di Dewan Seri Tenggara Parit Buntar.

Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain berkata, sumbangan duit raya itu sebagai meraikan masyarakat Tionghua yang kurang berkemampuan dalam memyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Sumbangan duit raya dan cenderahati itu juga katanya sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan mereka dalam menampung pembelanjaan menyambut perayaan tradisi mereka itu.

Katanya, sambutan Tahun Baru Cina ini perlu dijadikan juga usaha pengukuhan bersama masyarakat di samping menunjukkan semangat muhibah dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain demi pembinaan sebuah masyarakat penyayang.

“Kami sentiasa meraikan masyarakat pelbagai kaum dalam menyambut perayaan tradisi masing-masing.

“Sumbangan dan majlis keraian ini sebagai kebersamaan kerajaan bersama masyarakat Tionghua dalam menyambut Tahun Baru Cina,” kata Exco Kerajaan Negeri Perak itu.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )