2,500 keluarga di Perak terima manfaat program Food Bank 1.0 YaPEIM

2,500 keluarga di Perak terima manfaat program Food Bank 1.0 YaPEIM

TAPAH: Seramai 2,500 keluarga golongan kurang berkemampuan di Perak menerima sumbangan berupa barangan keperluan menerusi Program Food Bank 1.0 yang disediakan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Mukhtar Ramli berkata barangan berupa beras, tepung, gula, sardin, gula dan biskut yang berjumlah RM100 kepada setiap penerima.

Beliau berkata inisiatif yang diambil merupakan bukti komitmen YaPEIM  melestarikan  aktiviti  amal jariah dan kebajikan yang dijalankan bagi mengurangkan beban perbelanjaan yang terpaksa ditanggung golongan kurang berkemampuan.

“Semoga dengan usaha berterusan ini, kita semua dapat saling membantu memakmurkan kehidupan rakyat khususnya golongan kurang berkemampuan yang amat memerlukan bantuan dan sokongan kita untuk meneruskan kehidupan dengan lebih bermakna,” katanya.

Ahmad Faizal bergambar bersama penerima bantuan menerusi Program Food Bank 1.0 yang disediakan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Beliau berkata demikian dalam ucapan program berkenaan di peringkat negeri Perak yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Masjid Sultan Nazrin Shah Muizzuddin Shah di sini, hari ini.

Dalam sidang media kemudiannya, Ahmad Faizal menyeru mana-mana syarikat korporat dan swasta di negeri ini supaya bekerjasama dengan YaPEIM dalam usaha menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan.

“Ia bukan sahaja bantuan kepada mereka dari segi keperluan asas makanan tetapi juga bantuan dalam.bidang keusahawanan dan pendidikan.

“Di samping apa yang kerajaan negeri lakukan (menghulurkan pelbagai bentuk bantuan) kepada rakyat dengan sokongan dan bantuan daripada pelbagai pihak seperti YaPEIM serta syarikat swasta ini sudah tentunya dapat menyemarakkan lagi program (bantuan) yang baik seperti ini,” katanya.

— BERNAMA

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (1)
  • comment-avatar
    Rahimah 10 months

    As salam.
    Macam mana cara memohonnya.
    Mohon pencerahan.
    Terima kasih

  • Disqus ( )