Armada Bersatu Perak sokong keputusan gantung anggota ditahan polis

Armada Bersatu Perak sokong keputusan gantung anggota ditahan polis

IPOH: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu Perak menyokong penuh keputusan Majlis Armada Nasional untuk menggantung jawatan anggota Armada yang terlibat dalam penahanan pihak polis baru-baru ini.

Ini seperti yang diumumkan oleh Ketua Armada Bersatu Nasional, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ketua Armada Perak, Mohd Hafez Mubin Mohd Salleh berkata, mana-mana individu, tanpa mengira pangkat atau kedudukan adalah tertakluk kepada undang-undang negara ini dan perlu melalui proses siasatan sekiranya didakwa terlibat dalam sebarang salah laku.

Katanya, ini adalah bukti bahawa Armada Bersatu tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang perbuatan ahlinya yang bertentangan dengan peruntukan undang-undang.

“Armada Bersatu Perak yakin bahawa siasatan yang membabitkan dua anggota Armada tersebut serta tindakan menggantung mereka sehingga siasatan dimuktamadkan, tidak sedikit pun menjejaskan perjalanan Armada Bersatu yang bergerak di atas kekuatan sebuah pasukan dan bukannya disandarkan kepada mana-mana individu.

“Keutuhan dan kekuatan parti perlu senantiasa dijunjung sebagai agenda teras dan prioriti,”tegasnya.

CATEGORIES

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )